BM | EN | 中文

PENJAWAT AWAM, DUA SUSPEK DITAHAN MILIKI SENJATA API DAN PELURU

senapang.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 5 DIS: Polis menahan tiga orang suspek termasuk seorang penjawat awam dalam dua tangkapan dan lokasi berbeza kerana memiliki senjata api dan peluru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah berkata seorang lelaki dan perempuan, berusia 47 dan 55 tahun, ditahan di sebuah pondok dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit Poh Chong, Jalan Kota Tinggi – Johor Bahru, pada jam lebih kurang 3.30 petang, 3 Disember lalu.

“Serbuan yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi itu turut merampas empat laras senapang patah, satu laras senapang angin buatan sendiri, 23 butir peluru penabur dan dua bungkusan guli,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Advertisement

Supt Ashmon berkata siasatan awal menunjukkan dua laras senapang yang dirampas adalah milik saspek, manakala tiga laras dan 23 butir peluru penabur adalah milik rakan saspek yang masih bebas.

“Bertindak atas maklumat tangkapan pertama, seorang penjawat awam berumur 41 tahun ditahan semalam (4 Disember) pada jam lebih kurang 2.38 pagi di Taman Sri Saujana, di sini,” katanya.

Beliau berkata soal siasat lanjut keatas semua tangkapan didapati senjata dibeli dengan harga RM700 dan digunakan untuk tujuan memburu.

Advertisement

Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 7(2) Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 9 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top