BM | EN | 中文

Penjawat awam antara 16 ditahan terlibat parti liar dekat Batu Pahat

Penjawat-awam-antara-16-ditahan-adakan-parti-di-sebuah-hotel-dekat-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 21 DIS: Penjawat awam dan pelajar kolej swasta antara 16 individu ditahan dipercayai mengadakan parti di dalam sebuah bilik hotel di Batu Pahat, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata dalam serbuan pada 3.15 pagi itu, 10 lelaki dan enam wanita berusia antara 17 hingga 34 tahun yang kesemuanya warga tempatan telah ditahan.

Beliau dilaporkan Bernama sebagai berkata, pihak polis turut merampas beberapa biji pil dipercayai dadah jenis ekstasi dan eramin 5 serta satu paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin.

Advertisement

Ismail berkata hasil pemeriksaan ujian saringan awal mendapati 10 daripada suspek positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, seramai 15 orang telah dikompaun RM1,000 kerana didapati melanggar Peraturan 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top