BM | EN | 中文

Penjawat awam antara 13 ditahan leka berparti di Iskandar Puteri

Penjawat-awam-antara-13-ditahan-leka-berparti-di-Iskandar-Puteri.jpg

Gambar Ehsan NTSP/PDRM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Seorang penjawat awam antara 13 ditahan dalam aktiviti parti persendirian di sebuah pangsapuri di Medini, Iskandar Puteri pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu, seramai 10 lelaki dan tiga wanita berumur dalam Iingkungan 17 hingga 27 tahun, termasuk penjawat awam lelaki yang berusia 27 tahun itu ditahan.

“Private party’ ini dipercayai bermula pada kira-kira 9 malam, Sabtu dan dipercayai berakhir awal pagi Ahad.

Advertisement

“Penganjur dipercayai mengajak kesemua yang terlibat melalui aplikasi WhatsApp tanpa mengenakan sebarang bayaran: katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata polis turut merampas satu set pembesar suara dan satu unit lampu pencahayaan pentas selain ujian saringan air kencing mendapati sembilan lelaki dan dua wanita positif dadah jenis methaphetamine.

Sementara, dua daripada tahanan mempunyai rekod berstatus dikehendaki atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Advertisement

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top