BM | EN | 中文

PENJAJAH PUN BELAJAR JAWI

236165B2-8136-474C-A336-7E1AC70419D9.jpeg
Advertisement

Oleh: Samsudin Semang

ENTAH suratan, entah kebetulan isu tulisan jawi naik dalam bulan merdeka. Macam-macam cadangan dan pandangan. Ada masuk akal. Ada pula yang nakal.

Sistem tulisan merupakan simbol atau tanda tersusun menjadi kalimat membawa pesan. Maknanya, tulisan jadi  alat menyampaikan makna – baik maklumat atau pesan.

Advertisement

Waktu manusia belum punya teknologi merakam, tulisan memikul tanggungjawab besar untuk manusia melawan lupa. Bak kata Pramoedya Ananta Teor – menulis kerja untuk keabadian. Dengan mengenal tulisan, sejarah dan hikmah dapat dijejak.

Sepanjang sejarah manusia, macam-macam jenis tulisan terlahir dan beranak pinak – dari cuneiform (tulisan terawal dari Sumeria), heiroglyph (Mesir Purba), akaddian, pali, rencong, rejang dan lain-lain. Banyak juga yang mati. Kepelbagaian tulisan tergantung pada ruang tempat dan budaya masyarakatnya.

Sekarang di Malaysia, bentuk tulisannya rumi – seperti yang kita baca sekarang. Rumi menggantikan tulisan Jawi – sistem tulisan yang digunapakai kira-kira 700 tahun di alam Melayu. Biasalah, masyarakat berubah lalu tulisan juga berubah.

Advertisement

Tapi, baharu tidak semestinya lebih baik dan canggih. Lama tidak beerti lekeh dan tidak berguna. Lingkungan 700 tahun penggunaan tulisan Jawi di alam ini, pasti banyak ilmu dan hikmah yang terkandung di balik tulisan Jawi tentang tanah dan air ini. Kalau kita gagal faham tulisan ini, kita gagal faham bumi yang kita pijak sekarang. Tiada masa depan bagi orang yang gagal faham sejarah tanah airnya.   

Sejak Jawi ditemukan dengan masyarakat nusantara pada abad ke 10, lebih 10,000 warkah dan manuskrip Melayu ditulis dalam jawi antara abad 14 hingga abad 20. Tulisan ini dominan dalam empayar Melaka, Johor, Acheh dan Pasai – tempat berkembangnya ilmu dan peradaban alam Melayu.

Karya sastera, sejarah, politik, surat perjanjian, agama dan falsafah di Dunia Melayu ditulis dalam Jawi sehingga orientalis (pegawai tadbir Belanda dan Inggeris dahulu) perlu belajar jawi  bagi memahami  Alam Melayu  kerana mereka tahu dalam tulisan jawilah terpendam kekayaan warisan budaya  Melayu.

Advertisement

Bahkan, R.O Winstead dan Stamford Raffles, antara orientalis yang pandai menulis Jawi. Jangan salah faham, bukanlah niat kolonial belajar Jawi untuk mengambil hati orang Melayu. Tapi untuk menggali ilmu dan khazanah yang terkandung dalam bahasa dan mantera orang kita.

Percaya tidak, kira-kira 2700 naskah  penulisan khazanah dunia Melayu menggunakan tulisan Jawi terperam di muzium-muzium  sekitar Eropah dan tiada salinannya di dunia Melayu. Malang sungguh.

Tanpa kesedaran nasionalisme, kemerdekaan tanah air tidak nampak butirnya. Perjuangan politik awal di Semenanjung Tanah Melayu bergerak melalui akhbar yang menggunakan jawi sepenuhnyaa. Jawi Peranakan , Nujum I’ Fajar, Shamsul Kamar dan Bintang Timur antara akhbar jawi berperanan sebagai wadah kesedaran tentang pengetahuan dan kebebasan. Khizanah Ilmu dan Al-Iman pula antara majalah jawi yang menyebarluasakan semangat nasionalisme akan penjajahan. Jawi jadi penyuluh dalam gelap penjajahan. Bahkan, teks pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga ditulis dalam jawi.

Advertisement

Sekarang terdapat kira-kira 4600 manuskrip Melayu lama bertulisan jawi yang masih belum terusik untuk dilakukan sebarang kajian atau usaha terjemahan ke dalam rumi. Kita, tanpa mengira bangsa dan warna jadi sombong dengan tanah air sendiri. Bahkan, kalau kita ingat, sekitar 1960an pemimpin melayu sendiri dengan celupar memansuhkan tulisan jawi.

Selamat Belajar Jawi, Selamat Merdeka!

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top