BM | EN | 中文

PENJAGA GOL TFC MOHD SUFFIAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT SAKIT JANTUNG

DC722F6B-2D6D-45B0-8DEC-88BBE2774EBD.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Penjaga gol veteran Terengganu FC (TFC) Mohd Suffian Abd Rahman, 41, mengembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1 petang semalam akibat sakit jantung.

Allahyarhan Mohd Suffian yang dikenali sebagai ‘Tiger’ dikalangan peminat meninggal dunia di kediaman mertuanya di Kampung Banggol Pauh, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

“Allahyarham yang berasal dari Melaka, pernah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 1 Ogos lepas, akibat sakit jantung.

Advertisement

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi arena bola sepak Terengganu khasnya dan dunia bola sepak negara amnya,” menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim yang dipetik oleh Bernama.

Sementara itu, bekas jurulatih TFC dan skuad kebangsaan Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan pemergian Mohd Suffian sebagai satu kehilangan besar buat skuad The Titans dan juga arena bola sepak negara.

Menurutnya, Allahyarham merupakan seorang pemain yang berdisiplin tinggi dan beliau turut mengagumi Allahyarham yang masih mampu bermain secara profesional pada umur 41 

Advertisement

 

Sumber: Metro, Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top