BM | EN | 中文

Penjadualan operasi pembersihan SWM Environment Johor sempena perayaan Aidil Fitri

compactor-swm.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 MEI: SWM Environment Johor memaklumkan kepada pengguna berhubung penjadualan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Johor.

Dalam kenyataannya semalam SWM Environment Johor berkata, terdapat anjakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bermula dari 23 Mei sehingga 30 Mei 2020.

Manakala penangguhan pembersihan awam adalah pada 24 Mei dan 25 Mei.

Advertisement

Kedua-dua penjadualan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam merangkumi kesemua 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Pihak SWM Environment memohon kerjasama orang ramai untuk tidak meletakkan sebarang halangan berhampiran lokasi tong sampah beroda dan rumah sampah serta sepanjang laluan jentera kutipan bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pengutipan sisa pepejal dilaksanakan,” kenyataan tersebut dipetik.

Dalam pada itu, sekiranya ada pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau Whatsapp 012-6180082 ataupun emel ke swmresponz@swmsb.com yang akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top