BM | EN | 中文

Peningkatan semula kes COVID-19 tak jejas pelaburan di Johor

Mohd-Izhar-Ahmad-Exco-Johor-Adun-Larkin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Peningkatan semula kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini tidak akan menjejaskan pelaburan dari luar negara dalam beberapa projek di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Izhar Ahmad berkata ini kerana lebih 10 pelabur telah menyatakan hasrat dan minat mereka untuk kembali melabur di negeri ini.

Beliau berkata pelaburan dari China, Singapura dan Indonesia antaranya melibatkan sektor pembuatan dan teknologi tinggi.

Advertisement

“Cuma kita menunggu bila sempadan akan dibuka kerana kita perlu berjumpa empat mata untuk berinteraksi dengan mereka.

“Setakat ini, mereka masih lagi berminat untuk melabur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kali ke-25 di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun saiz pelaburan belum diketahui, kerajaan negeri akan memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan bukan sahaja bagi mengisi kekosongan jawatan, malah menjawat jawatan yang penting.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top