BM | EN | 中文

PENINGKATAN PERUNTUKAN DUN WAJAR, UNTUK DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT

suhaizan-kayat-speaker-dun-johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 SEPT: Cadangan peruntukan RM800,000 setahun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor sejajar dengan keperluan rakyat yang semakin meningkat.

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata, ia sejajar dengan keperluan rakyat yang semakin meningkat, memandangkan peruntukan RM350,000 setahun kepada ADUN di negeri ini pada masa kini, tidak mencukupi.

“Apabila peruntukan yang diberi itu banyak, maka ia akan memberikan kesan yang baik kepada rakyat, dimana secara langsung banyak aktiviti dapat dilaksanakan.jukan oleh ADUN kita kepada pihak eksekutif dalam perbincangan-perbincangan legislatif,” kata Suhaizan kepada Johorkini ketika ditemui selepas mesyuarat kedua, persidangan DUN ke-14 di Kota Iskandar disini, hari ini.

Advertisement

Cadangan peruntukan RM800,000 setahun diberikan kepada wakil rakyat di negeri ini adalah diantara lima resolusi yang dicapai pada Bengkel Memperkasa Dewan Undangan Negeri Johor pada 9 September lalu.

Antara resolusi lain pada bengkel tersebut ialah bagi mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan, penstrukturan semula DUN agar fungsinya lebih berkesan, menambahbaik mutu perbahasan, menjadikan DUN Johor mesra rakyat dan inklusif selain melaksanakan siaran langsung perbahasan.

Advertisement

“Ini merupakan langkah pertama untuk mengumpul kefahaman khususnya kepada Adun tentang pentingnya penambahbaikkan struktur dalam Dewan Negeri Johor,” katanya.

Kata Suhaizan, antara reformasi DUN Johor yang dirancang termasuk memperhalusi jawatankuasa perintah am atau jawatankuasa peraturan dewan yang akan memberi perhatian kepada langkah seterusnya.

“Sebagai contoh, dalam jangka masa lima ke sepuluh tahun akan datang, kita boleh dapatkan satu dewan yang boleh mewakili rakyat untuk mereka mengutarakan pandangan.

Advertisement

“Kalau kita lihat sekarang, rakyat menganggap Dewan ini terlalu eksklusif hanya untuk ADUN, pemimpin-pemimpin dan jabatan tertentu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top