BM | EN | 中文

Peningkatan kouta rasmi haji disambut baik

PhotoGrid_1579779594907.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN : Peningkatan kuota rasmi haji untuk Malaysia dari 30,200 kepada 31,600 jemaah berbanding tahun lalu disambut baik oleh rakyat di negeri ini.

Pegawai Masjid, Mohd Faiz Ithnin melahirkan rasa syukur diatas penambahan kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi itu kepada Malaysia khususnya Tabung Haji (TH).

Mohd Faiz Ithnin

“Apa yang dapat saya simpulkan di sini, kejayaan TH dan Malaysia mendapat tambahan kuota ini adalah kerana hubungan baik kerajaan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir dan kerajaan Arab Saudi.

Advertisement

“Tambahan pula dengan tahap pengurusan TH yang setiap tahun menunjukkan peningkatan disiplin para jemaah haji daripada Malaysia sekali gus dapat meyakinkan kerajaan Arab Saudi untuk terus memberikan tambahan kuota tersebut.

“Pada kebiasaannya kerajaan Arab Saudi akan meneliti, mengkaji setiap permohonan daripada semua negara bagi tambahan kuota ini tetapi kali ini mereka dilihat tidak teragak-agak untuk memberikan tambahan 1,400 kuota tersebut,”katanya kepada Johorkini.

Bagi Perunding Hayat, 31 Norsyazwan Samsudin pula berkata, kenaikan jumlah kuota untuk musim haji pada kali ini adalah buah tangan serta impian yang sangat-sangat diharapkan para jemaah.

Advertisement

Norsyazwan Samsudin

“Kenaikan jumlah kuota untuk musim haji pada kali ini dapat membuka peluang para jemaah mengerjakan haji lebih awal pada tahun ini.

“Umum mengetahui bahawa ramai yang menunggu giliran untuk menunaikan haji dan menjadi impian semua umat Islam namun peluangnya tertakluk kepada penggiliran,”katanya.

Bagi pekerja swasta, Khairul Omar, 41 turut menyambut baik pengumuman itu.

Advertisement

Khairul Omar

Bagaimanapun katanya, kouta tersebut perlulah diberikan secara telus dan tidak mengutamakan kroni seperti mana berlaku semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini.

“Alhamdulillah.. sebagai rakyat kita sambut baik perkara bagus seperti ini. Namun kuota yang ditambahkan itu perlulah diagih dengan telus dan adil. Utamakan mereka yang sudah berusia,”katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa memberitahu penambahan kuota itu adalah hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya lembaga TH dengan kerajaan Arab Saudi untuk mempertimbangkan kenaikan jumlah kuota seiring dengan peningkatan populasi penduduk negara ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top