BM | EN | 中文

Peningkatan kes bunuh diri membimbangkan, kerajaan perlu ambil langkah serius – Adun Parit Yaani

Aminolhuda-Hassan-Adun-Parit-Yaani-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Kes bunuh diri yang direkodkan sebanyak 266 kes sepanjang PKP telah mengejutkan ramai pihak dan dibimbangi terus meningkat akibat tekanan ekonomi yang berlaku.

Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan secara berterusan dan menggandakan usaha meningkatkan ekonomi rakyat yang kian tersepit.

“Memang kesempitan ekonomi ini amat mencabar dan ada golongan yang mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Advertisement

“Kerajaan perlu lebih berusaha dalam usaha memperkukuhkan ekonomi rakyat dengan mendengar pandangan pelbagai pihak, bukan hanya pandangan sehala yang datang dari pihak mereka sahaja.

“Perkara ini serius kerana ia membabitkan nyawa rakyat. Selain kematian dari kes Covid-19 di negara ini, kematian akibat bunuh diri turut perlu diberikan perhatian,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata langkah efektif dan keperluan untuk membendung perkara ini.

Advertisement

Tambahnya, kepentingan untuk mengadakan polisi adalah di bawah tanggungjawab kerajaan dan usaha meningkatkan ekonomi perlu disegerakan bagi menbendung hal tersebut.

“Antara langkah yang kerajaan perlu buat adalah seperti pemberian moratorium bukan secara bersasar agar rakyat dapat menstabilkan keadaan.

“Selain itu tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini yang memohon untuk darurat telah menjadikan rakyat gerun sehingga mereka takut melakukan aktiviti untuk pemulihan ekonomi.

Advertisement

“Polisi untuk memajukan ekonomi rakyat perlu dilakukan. Ini menjadi kewajiban dalam usaha menggelakkan perkara sebegini berulang serta meningkat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top