BM | EN | 中文

Peningkatan harga minyak dibimbangi beri kesan pada harga barang – Amanah Pasir Gudang

Syed-Othman-Amanah-Johor.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 21 FEB: Kenaikan bahan bakar yang berterusan dibimbangi memberi kesan kepada harga barangan mentah di pasaran.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah berkata kerajaan perlu menyediakan mekanisme bagi membendung perkara itu terjadi.

Katanya, sehingga kini kerajaan dilihat lemah menguruskan soal kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.

Advertisement

“Kita bimbang kenaikan harga minyak setiap minggu ini akan memberi kesan yang tidak baik pada harga barang.

“Hal ini akan membuatkan tekanan kepada pemborong serta peruncit kerana terpaksa berhadapan situasi mendapatkan harga barangan yang mahal.

“Selain itu juga peruncit dan pemborong akan terperangkap dengan harga jualan mereka yang berdepan keuntungan kecil.

Advertisement

“Justeru itu kenaikan harga barang ini perlu dipantau oleh kerajaan agar ia tidak membebankan mana-mana pihak.

“Yang menjadi mangsanya kelak adalah rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan kerajaan perlu cakna dengan masalah rakyat dan usah mendiamkan diri seperti mana rungutan terhadap kenaikan harga minyak masak yang dipandang sepi.

Advertisement

“Rakyat semakin tersepit dengan kehidupan mereka usahlah kerajaan menambah parah dengan membiarkan ada pihak yang memanupulasi keadaan ini,” katanya lagi.

Semalam dilaporkan peningkatan harga bahan bakar Ron 95 dan 97 sebanyak RM 0.04 sen dan trend itu dilihat berterusan semenjak Januari lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top