BM | EN | 中文

Penilaian telus, sistemik pastikan insiden LRT tidak berulang

Liew-Chin-Tong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Penilaian telus dan sistemik harus dilakukan untuk memastikan insiden kemalangan transit aliran ringan (LRT) di ibu negara semalam tidak lagi berulang, tegas Ahli Dewan Negara, Liew Chin Tong.

Beliau berkata, sepertimana diperkatakan mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia adalah krisis terburuk yang pernah berlaku kepada LRT sejak ia mula beroperasi pada tahun 1998

“Ingatan saya kepada mereka yang tercedera pada masa-masa yang sangat menyedihkan ini,” katanya Chin Tong dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau, semalam.

Advertisement

Anthony dalam satu kenyataan menyeru pihak polis membuat siasatan mendalam terhadap kemalangan LRT tersebut memandangkan ia menyebabkan kecederaan orang awam.

Menurut beliau yang juga ahli parlimen Seremban, sekiranya ia melibatkan kecuaian manusia, tindakan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 mesti diambil segera.

Anthony menambah, pasukan petugas siasatan yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan mesti terdiri daripada pakar-pakar bebas dalam bidang tren dan diberikan kebebasan seppenuhnya untuk menyiasat semua aspek dalam kemalangan tersebut.

Advertisement

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dilaporkan Roketkini berkata, kerajaan harus menubuhkan badan siasatan bebas untuk mencari punca kemalangan dan memastikan tragedi tersebut tidak akan berulang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top