BM | EN | 中文

Penilaian kerosakan tanaman dibuat selepas 45 hari banjir surut – Menteri Pertanian

tanaman-rosak-banjir.png
Advertisement

PASIR SALAK, 5 JAN: Penilaian jumlah kerosakan tanaman dan kerugian akibat banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini hanya boleh dibuat dalam tempoh 45 hari selepas banjir surut.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pihaknya memantau rapi perkara itu dan menerima laporan daripada kawasan-kawasan terjejas termasuk sawah padi di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

“Kementerian memahami keresahan dan kesulitan dihadapi para petani dan penternak akibat banjir ketika ini.

Advertisement

“Kita tahu banjir berlaku di Perak, Johor dan Pahang. Tentu sekali selepas banjir itu surut baru kita boleh buat penilaian,” katanya.

Terdahulu beliau menghadiri program agihan benih padi sah dan ziarah peladang negeri Perak di perkarangan kawasan pembangunan pertanian bersepadu (IADA) Seberang Perak, Chenderong Balai di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian memperuntukkan kira-kira RM80 juta setiap tahun bagi industri pertanian, sebagai dana bantuan bencana alam kepada mereka yang terjejas.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top