BM | EN | 中文

Peniaga, pekerja dan pembeli di pasar Johor perlu sentiasa pakai facemask

pasar-tani-datin-halimah-Larkin.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan FB Pasar Tani Datin Halimah, Larkin)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUN: Semua peniaga pasar pagi dan pasar malam di Johor dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan ditetapkan apabila perniagaan tersebut dibuka 15 Jun nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Ayub Jamil berkata langkah itu bagi membantu kerajaan mengekalkan dan memastikan negeri Johor kekal sebagai kawasan hijau Covid-19.

“Semua peniaga dan pembantu pasar juga perlu menjalani saringan kesihatan dan semasa di pasar peniaga perlu memakai sarung tangan dan face mask,” kata Ayub dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Selain peniaga dan pembantu peniaga, semua pembeli di kedua pasar ini perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki kawasan pasar dan dikehendaki memakai facemask sepanjang masa ketika berada dalam kawasan pasar.

“Mereka juga perlu berdaftar dengan aplikasi MySejahtera dan Jejak Johor bagi membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menjejaki kontak rapat.

“Pasar pagi dan pasar malam ini juga akan dibenarkan beroperasi mengikut tempoh masa ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing, serta hanya boleh menjalankan urus niaga secara belian terus (take away) serta tidak membuka ruang berlakunya himpunan sosial.

Advertisement

“Adalah ditegaskan bahawa normal baru bagi kedua pasar ini adalah ia tidak dilihat Sesak Sempit dan bukan kawasan Sembang Awam,” ujarnya lanjut.

Beliau berkata pihak berkuasa akan memastikan keberkesanan pasar-pasar ini berada dalam keadaan terkawal.

“PBT juga boleh mengambil tindakan penutupan serta-merta sekiranya peniaga gagal mematuhi SOP ditetapkan dan pasar dilihat berada dalam keadaan tidak terkawal,” katanya lagi.

Advertisement

Semalam kerajaan Johor memberi kebenaran operasi pasar pagi dan pasar malam kawalan bermula 15 Jun dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Satu mesyuarat bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua 16 PBT di Johor akan diadakan pada Rabu, 10 Jun bagi menentukan dan menetapkan pelan tindakan pembukaan semula pasar pagi dan pasar malam di seluruh Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top