BM | EN | 中文

Peniaga pasar Perling mengeluh, lokasi perniagaan sementara banyak isu

Peniaga-Pasar-Perling-mengeluh-akibat-penaiktaraf-kawasan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Peniaga di Pasar Perling Johor Bahru dan orang awam yang sering hadir kawasan ini mengeluh apabila lokasi sementara perniagaan itu terlalu kecil dan sempit.

Adun Perling, Cheo Yee How yang turun padang meninjau serta mendengar luahan peniaga dan orang ramai berkata, lokasi sementara pasar itu menjadi pertikaian susulan kerja-kerja naiktaraf yang tidak sistematik dan berubah-ubah.

“Perjanjian pada awal Januari yang lalu dikatakan kerja naiktaraf berperingkat iaitu separuh bahagian pasar, dan setelah siap separuh lagi kerja akan dibuat.

Advertisement

“Namun dalam masa terdekat arahan terbaharu menyatakan semua peniaga perlu berpindah kerana kerja naiktaraf dijalankan membabitkan seluruh kawasan pasar.

“Apa yang menjadi keutamaan kami adalah memastikan infrastruktur asas dan fasiliti tapak sementara disediakan dengan baik.

“Selain itu, bayaran sewa bulanan kepada peniaga sebelum ini sepatutnya diberi penangguhan sama ada setahun atau pun sepanjang proses naiktaraf dilakukan,” ujarnya ketika ditemui di pasar berkenaan.

Advertisement

Dalam pada itu, ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut menekankan isu bayaran daftar masuk yang dikenakan keatas peniaga.

Katanya selain isu bayaran, tahap keselamatan barangan milik peniaga perlu diberikan perhatian oleh pentadbiran dan pengurusan pasar tersebut.

“Selain infrastruktur, bayaran kemasukan sebanyak RM500 adalah tidak berpatutan dan memberi kesan kepada peniaga di pasar tersebut.

Advertisement

“Peniaga kecil ini mahu mencari pendapatan dan semua pihak patut faham di saat peningkatan Covid-19, keadaan menjadi lebih sukar bagi mereka.

“Kita mendesak pihak pentadbiran dan pengurusan pasar supaya memberi tumpuan kepada infra dan keselamatan barangan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, pasar berkenaan akan menjalani kerja naiktaraf yang dijangka bermula 22 Februari dan membabitkan 98 peniaga.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top