BM | EN | 中文

Peniaga didenda RM3,000 miliki karkas lembu disembelih secara tidak sah

mohd-afiq.jpg

Mohd Afiq (kanan) didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini kerana memiliki karkas lembu yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan pada Disember lalu.

KOTA TINGGI, 11 FEB : Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, hari ini kerana memiliki karkas lembu yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan pada Disember lalu.

Tertuduh Mohd Afiq J M Zainool, 22 beralamat di Felda Aping Timur dituduh melakukan perbuatan itu di tepi jalan bertentangan dengan tiang elektrik (TM F5 20) Jalan Adul Aziz 81900 Kota Tinggi, kira-kira jam 11.11 pagi pada 16 Disember 2019.

Mengikut pertuduhan peniaga itu didapati memiliki karkas lembu seberat 91 kilogram yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan.

Berikutan itu, Mohd Afiq telah melakukan satu kesalahan bawah sub kaedah5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (kawalan penyembelihan) 2009 Akta Binatang 1953 (Pindaan) 2013 (Akta A1452] dan boleh dihukum dibawah kaedah 17 (Pindaan) 2018 Kaedah yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh di hukuman denda tidak melebihi RM10,000.

Mohd Afiq bagaimanapun memohon agar mahkamah meringankan hukuman atas alasan baru memulakan perniagaan.

Majistret Mazana Sinin kemudian menetapkan denda RM3,000 kepada tertuduh sekiranya gagal bayar boleh dipenjara selama sebulan.

Terdahulu, kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Johor, Mohd Zamri Shak @ Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top