BM | EN | 中文

PENIAGA CINA DI PONTIAN MAHIR BERBAHASA JAWA, BUGIS

Tan-Poo-Heng-berbahasa-Jawa-Bugis.png
Advertisement

PONTIAN, 25 OGOS: Pandai berbahasa Jawa mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu berketurunan Jawa di sekitar daerah ini, tetapi berbeza bagi Tan Poo Heng, seorang peniaga kedai runcit di Pekan Sanglang, dekat sini.

Warga emas berumur 73 tahun itu menganggap kemahirannya berbahasa Jawa merupakan satu “anugerah” sekali gus berjaya mengeratkan hubungannya dengan masyarakat sekitar berbilang bangsa dan budaya.

“Saya mempelajari bahasa Jawa sekitar tahun 1970an. Pada ketika itu, selalu bercampur dengan masyarakat jawa di kampung. Jumpa hari-hari, selalu bertutur bahasa Jawa, dari situ pandai berbahasa Jawa.

Advertisement

“Selain itu, orang tua-tua dahulu kalau datang ke kedai, tak pandai berbahasa Melayu tapi bercakap bahasa Jawa. Lambat laun faham apa yang mereka katakan,” katanya seperti dilaporkan Bernama, baru-baru ini.

Menurut Tan, mempelajari bahasa baru baginya tidak susah, yang penting perlu ada kemahuan.

“Tiap-tiap bangsa ada bahasa mereka tersendiri. Bila selalu bergaul dengan mereka, senanglah kita nak belajar bahasa mereka,” tambahnya yang juga mahir berbahasa Melayu, Bugis serta Bahasa Inggeris.

Advertisement

Dengan kemahiran itu juga, Tan yang juga generasi ketiga mengendalikan kedai runcit milik keluarga itu, dapat bergaul rapat dengan komuniti dan masyarakat sekitar yang sering berkunjung ke kedai tersebut untuk membeli keperluan harian.

Mengakui bahasa merupakan medium terbaik untuk menyatupadukan masyarakat, beliau berkata kemahirannya bertutur bahasa Jawa menggembirakan rakan-rakannya sekali gus mengeratkan silaturrahim antara mereka.

“Kalau kita jumpa orang Jawa, boleh bertutur bahasa Jawa dengan mereka, mereka hati gembira kerana sama-sama boleh memahami apa yang diceritakan,” katanya yang mesra dipanggil BT oleh penduduk kampung.

Advertisement

Sementara itu, penduduk kampung berdekatan, Zulaimian Kasimen berkata dia mengenali BT sejak tahun 80an dan beliau adalah seorang yang peramah.

“Pakcik BT merupakan seorang yang mesra tak kira bangsa. Kalau ada orang Melayu datang kedai dia cakap Jawa, dia cakap Jawa. Kalau ada orang Melayu datang kedai dia cakap Bugis, dia pun cakap Bugis,” kata lelaki berusia 49 tahun itu.

Seorang lagi penduduk sekitar dari Ayer Baloi, Hairulizan Saat menyifatkan kemahiran BT bertutur Bahasa Jawa secara tidak langsung merapatkan hubungan sesama kaum.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top