BM | EN | 中文

Peniaga bimbang kenaikan harga barangan jejas jualan – Adun Mengkibol

Peniaga-bimbang-kenaikan-harga-barangan-jejas-jualan-Adun-Mengkibol.jpg

KLUANG, 1 DIS: Adun Mengkibol, Chew Ching Sin berkata, para peniaga di daerah ini bimbang dengan kenaikan harga baranga sehingga voleh menjejaskan jualan.

Beliau ketika membuat tinjauan di Pasar Awam Taman Lian Seng semalam berkata, terdapat sedikit kenaikan harga barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya

“Saya pergi Pasar Awam Lian Seng membeli sayur dan tinjau harga sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya semalam.

“Saya juga ambil kesempatan berinteraksi dengan penjaja, cuba fahami situasi semasa perniagaan runcit.

“Menurut penjaja, harga sayur-sayuran, ayam dan daging ada naik, mereka cuba menanggung kos kenaikan tersebut jika mampu, atau terpaksa naik harga jualan jika tidak dapat tanggung semua,” kata Chew.

Justeru itu beliau berpesan kepada warga Kluang agar berbelanja secara berhemah, mengurus perbelanjaan dengan bijak dan membeli apa yang perlu.

“Jangan beli terlalu banyak kerana bimbang harga naik lagi nanti, jika tak sempat habiskan tetapi dah rosak atau busuk, rugi juga, betul tak? katanya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai sama ada peniaga mahupun pembeli agar mematuhi SOP dan mengambil langkah pengawalan wabak COVID-19.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top