BM | EN | 中文

Pengusaha Tadika, Pusat Tuisyen bimbang gulung tikar

zuhan.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: Pengusaha tadika dan pusat tiusyen menyatakan kebimbangan mereka berkenaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Perkara itu disuarakan Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain yang menjelaskan terdapat aduan kepada pihaknya berkenaan kebimbangan itu.

Menurutnya, rata-rata ibu bapa meminta potongan harga (diskaun) yuran kepada kebanyakan besar pengusaha tadika sepanjang tempoh PKP ini.

Advertisement

“Kita mendapat maklum perkara ini dan ia adalah suatu cabaran terhadap industri pendidikan seperti ini bagi menghadapi situasi sepanjang tempoh PKP berlangsung.

“Selain itu, bila ditanya kepada pengusaha tadika, mereka menyatakan mereka terpaksa mengekalkan bayaran yuran bulanan dan tahunan kerana ia membabitkan beberapa faktor termasuk ‘overhead’ mereka yang tinggi.

“Bayaran sewa premis, gaji guru dan bil-bil utiliti merupakan faktor utama mereka untuk meneruskan kesinambungan tadika mereka. Perkara sudah menjadi hal yang penting untuk dijadikan asas dalam kerajaan memikirkan permasalahan ini,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Dalam pada itu, Dr Zuhan juga menyatakan kerajaan perlu memikirkan beberapa kaedah untuk menyelamatkan industri pendidikan tersebut kerana ia akan mengakibatkan permasalahan lebih besar sekiranya pengusaha tidak dapat menampung kerugian mereka.

“Kerajaan boleh mempertimbangkan insentif kepada pengusaha tersebut termasuk bantuan dana, pendidikan atas talian yang sistematik dan sebagainya.

“Lebih memeritkan lagi ada aduan yang menyatakan mereka sudah tidak berdaya meneruskan usaha mendidik tersebut.

Advertisement

“Hala tuju yang jelas perlu digarap oleh kerajaan bagi mendatangkan matlamat terhadap mereka ini perlu direncanakan dengan kadar segera.

“Kerajaan tidak perlu berdiam diri dalam hal ini dan mereka perlu menyelamatkan industri tersebut,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top