BM | EN | 中文

Pengusaha pelancongan di zon merah perlu bersedia rangka pakej menarik

Hutan-Paya-Bakau-Johor.jpg

Menyusuri sungai di hutan paya bakau di Johor (Gambar Ehsan Tourism Johor)

Advertisement

MERSING, 7 OKT: Pengusaha industri pelancongan di kawasan zon merah COVID-19, perlu sentiasa bersiap sedia dan merangka pakej yang boleh menarik pengunjung sebaik kawasan mereka kembali bebas, daripada pandemik itu.

Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, usaha itu perlu bagi memulihkan semula sektor pelancongan di kawasan berkenaan dan memastikan ia terus berdaya tahan.

“Mereka (pengusaha industri pelancongan) perlu bersedia apabila zon merah kembali hijau. Walaupun dalam zon merah, mereka masih perlu buat promosi. Mereka perlu kreatif, bukan hanya berdiam diri tetapi bersedia dengan pelbagai inisiatif,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau prosedur operasi standard (SOP) industri pelancongan, di sebuah resort di sini, Ahad lalu.

Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan Solehuddin Ahmad dan Timbalan Pengarah Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Abdul Rahim Harun.

Ammar dalam masa sama berkata, Tourism Malaysia akan memberikan bimbingan dan memimpin pemain industri pelancongan, bagi memastikan mereka terus berdaya tahan.

Advertisement

“Sebab itu macam Tourism Malaysia, tugas kita adalah membimbing dan memimpin. Kami juga melakukan banyak komunikasi interpersonal dengan mereka, sehingga mereka merasakan bahawa kerajaan prihatin dan selalu membantu,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top