BM | EN | 中文

Pengusaha pelancongan di Selangor anjur program layak terima bantuan RM20,000

Pakej-depani-wabak-bukti-Selangor-tidak-pinggir-industri-pelancongan.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

SHAH ALAM, 25 JUN: Penggiat sektor pelancongan negeri ini ditawar bantuan sehingga RM20,000 bagi meneruskan operasi perniagaan selepas terjejas teruk akibat Covid-19.

Exco Pelancongan Selangor, Hee Loy Sian berkata sumbangan akan diberi kepada penganjuran program berkaitan industri sekali gus dapat merancakkan kembali sektor berkenaan.

“Bantuan menerusi geran kewangan berjumlah RM1 juta yang diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam Pakej Kita Selangor 2.0.

Advertisement

“Semua penggiat industri boleh memohon bantuan terbabit. Program menelan kos kurang daripada itu layak menerima jumlah tuntutan penuh,” kata Hee Loy Sian, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada program Bual Bicara: Strategi Selamatkan Industri Pelancongan yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Beliau turut menggesa pemain industri menyertai latihan pendigitalan dan perniagaan dalam talian disediakan Kerajaan Selangor bagi meningkatkan kemahiran susulan kaedah promosi konvensional digunakan dilihat kurang berkesan.

Advertisement

“Kita akan umumkan program ini dalam masa terdekat. Kita akan bagi latihan supaya mereka dapat kembangkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Pada 9 Jun lalu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri akan meneruskan bantuan kepada sektor pelancongan negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 membabitkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta.

Menurut Amirudin, dana melibatkan pemberian geran bantuan, baucar Pelancongan Selangor 2.0, program latihan pembelajaran digital serta bantuan kewangan sekali bayar (one-off) kepada persatuan pelancongan negeri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top