BM | EN | 中文

Pengusaha jambu batu di Senggarang hargai keprihatinan Ir Khairuddin

Pengusaha-jambu-bersyukur-adanya-Adun-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 5 OKT: Seorang pengusaha jambu batu, Mohd Khairul Aziz, 39, di Senggarang, Batu Pahat, Johor menyatakan terima kasih atas keprihatinan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim.

Mohd Khairul yang telah mengusahakan tanaman tersebut selama 15 tahun berkata, Adun Senggarang, Ir Khairuddin dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap pengusaha pertanian di kawasan ini.

Mohd Khairul Aziz

“Beliau prihatin terhadap nasib pengusaha seperti kami di sini. Beliau juga sering menyantuni golongan pengusaha seperti saya dan beberapa rakan saya yang lain.

Advertisement

Beliau meninjau ke sini atau ke tempat pengusaha lain sudah kerap kali. Kerjasama usahawan Melayu di sini amat baik dan YB (Khairuddin) sentiasa menyantuni. Paling penting beliau berusaha untuk membantu usahawan tersebut.

“Bantuan sekiranya melalui YB (Khairuddin) memang senang, tetapi mengikut apa yang beliau mampu. Kami pun faham bantuan yang beliau berikan agak terhad namun itu pun sudah cukup untuk kami berterima kasih kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu, Khairuddin ketika ditemui berkata sudah menjadi kebiasaan beliau untuk berbakti kepada penduduk setempat apatah lagi sebagai wakil rakyat di sesuatu kawasan.

Advertisement

“Sudah memang tanggungjawab saya di mana usaha yang saya berikan ini bukanlah sesuatu yang lumayan.

“Sekadar membantu sesama manusia bagi mempertingkatkan diri mereka untuk mencari sumber pendapatan.

“Saya juga dalam perancangan untuk meramaikan lagi usahawan seperti saudara Khairul ini dengan pelbagai lagi bidang untuk diusahakan. Bukan setakat tanaman, malah ternakan dan sebagainya.

Advertisement

“Saya berbangga dengan usahawan seperti Khairul ini kerana beliau satu-satunya usahawan jambu batu yang mempunyai persijilan myGAP yang diiktiraf fi negeri ini.

“Ini adalah suatu pencapaian yang hebat. Lebih membanggakan lagi beliau adalah anak jati di kawasan Dun Senggarang ini.

“Saya berharap golongan muda khususnya dapat mengusahakan bidang pertanian dan ternakan dengan kaedah baharu bagi kesinambungan sumber pendapatan,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top