BM | EN | 中文

Pengusaha bot pelancong ditahan seludup rokok di Mersing

Pengusaha-bot-pelancong-ditahan-seludup-rokok-di-Mersing.jpg
Advertisement

MERSING, 14 JUN: Tiga pengusaha bot pelancong dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok kontraban membabitkan jumlan rampasan bernilai kira-kira RM9.32 juta ditahan dalam satu serbuan di sebuah jeti di Endau, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polls Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata tiga lelaki warga tempatan berusia 27 hingga 52 tahun itu ditahan ketika sedang memunggah bot ke lori antara 6.30 petang hingga 10 malam.

‘Modus operandi mereka ialah menggunakan satu kapal besar antarabangsa, jadi bot-bot ini akan ke kapal berkenaan dan buat perpindahan.

Advertisement

“Bot-bot ini adalah jenis bot persiaran yang sebelum ini digunakan dalam aktiviti pelancongan yang telah diubah suai. Sebelum pandemik, bot-bot ini digunakan untuk membawa pelancong aktiviti selaman,” katanya di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Polis Diraja Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek meletakkan kotak barangan seperti kotak air mineral dalam lori berkenaan bagi mengaburi pihak berkuasa daripada mengesan kotak rokok yang diseludup itu.

Ayob Khan berkata pihaknya percaya kumpulan itu adalah rangkaian kecil sindiket penyeludupan rokok yang dipercayai aktif di perairan Johor timur dan semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah Iampau.

Advertisement

Katanya, rokok yang dipercayai dari Vietnam dan Indonesia itu dibawa masuk bagi pasaran sekitar Johor dan Pahang.

“Turut dirampas dua buah Iori lima tan, satu bot persiaran, 930 kotak berisi rokok pelbagai jenama dari Vietnam dan Batam, satu unit GPS jenis Garmin dan dua unit radar.

‘Jumlah rokok rampasan bernilai RM7.66 juta sahaja manakala jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM9.32 juta, katanya.

Advertisement

Beliau berkata kesemua suspek disambung reman hari ini hingga 16 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top