BM | EN | 中文

Pengurusan projek mampan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya rangkul tiga anugerah khas PBB

MBPJ-rangkul-tiga-anugerah-khas-pengurusan-projek-mampan.jpg

Pengarah Jabatan Landskap MBPJ Dr Lar Badrulzaman Jaafar (dua kiri) bersama tiga kakitangannya menunjukkan anugerah khas yang dirangkul sempena Malaysian Green Project Management Sustainability Recognition Awards pada 30 Mac 2021 (Gambar Ehsan MBPJ)

Advertisement

SHAH ALAM, 8 APR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merangkul tiga anugerah khas susulan kejayaan mencapai objektif pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sekretariat media Unit Komunikasi Korporatnya berkata anugerah Projek Kebun Kita@ Jabatan Landskap MBPJ, Projek Kebun Kita@Dataran Anak Muda PJ dan Projek Segar Tani@Damai Setia diraih sempena Malaysian GPM Sustainability Recognition Awards 2020 pada 30 Mac.

“Tahun lalu, Jabatan Landskap mencadangkan tiga projek iaitu Kebun Kita@Jabatan Landskap (kebun bandar di perkarangan pejabat sebagai showroom pertanian bandar), Kebun Kita@Dataran Anak Muda (kebun bandar diusahakan bersama komuniti PJS1 South Avenue) dan Segar Tani@Damai Setia (kebun bandar berkonsep ‘farm to table’ diusahakan komuniti Damai Setia).

Advertisement

“Pada 8 Disember, pihak penjurian mengumumkan jabatan ini sebagai penerima anugerah Projek of The Year 2020 bagi ketiga-tiga yang dipertandingkan.

“Anugerah ini adalah julung kali dianugerahkan kepada pencalonan projek oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” menurut jabatan itu, lapor SelangorKini.

Justeru, PBT itu berazam meneruskan khidmat perbandaran lebih cekap selaras harapan tinggi pemegang taruh selain memantapkan tadbir urus dalam usaha mencapai status bandar raya pintar, berdaya tahan dan dinamik menjelang 2025.

Advertisement

Penyertaan Penganugerahan Pengurusan Projek Hijau Malaysia 2020 dibuka pada 1 September hingga 31 Oktober tahun lalu.

Semua jenis projek layak dipertandingkan bagi penganugerahan itu jika mencapai objektif mana-mana 17 matlamat pembangunan mampan PBB dengan menekankan lima elemen penilaian iaitu produk, proses, sosial, persekitaran dan kemakmuran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top