BM | EN | 中文

Pengurusan jenazah bukan Islam di Johor dipantau Pegawai Kesihatan Persekitaran

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 APR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan pengurusan jenazah bukan islam yang terlibat dengan kes positif Covid-19.

Menurutnya, pengurusan jenazah bukan Islam itu akan dipantau oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, termasuk di mortuari, tanah perkuburan dan di krematorium.

“Pengurus jenazah tidak perlu bimbang kerana pengurusan akan dipantau oleh pegawai yang akan memastikan keselamatan mereka yang menguruskan serta ahli keluarga yang hadir,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Adun Kahang itu menjelaskan, pengurusan jenazah bukan Islam di Johor akan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan (No. 2) 2020).

Ia telah memperuntukkan bahawa tiada individu dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan di dalam sebarang premis di dalam mana-mana kawasan tempat jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

Katanya, peraturan ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat mengenai pengurusan jenazah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya bagi waris dan keluarga bukan Islam.

Advertisement

Dalam pada itu, bagi pengurusan jenazah yang tidak berkaitan dengan kes Covid-19, pengurusannya perlu mengambilkira peraturan berkaitan dengan perhimpunan.

Manakala bilangan yang terlibat mestilah dalam kumpulan yang kecil, iaitu tidak lebih 10 orang dan hanya melibatkan ketua keluarga, ahli keluarga terdekat dan ketua acara keagamaan.

“Sebarang upacara pengebumian, pembakaran dan membuang abu mayat ke pergigian sungai adalah dibenarkan, namun hanya melibatkan keluarga terdekat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top