BM | EN | 中文

Pengurus positif dadah, empat pengawal keselamatan tiada permit dicekup di Johor

Pengurus-positif-dadah-empat-pengawal-keselamatan-tiada-permit-dicekup.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Polls menahan empat pengawal keselamatan warga asing dalam dua pemeriksaan berasingan di sebuah taman perumahan di Mutiara Rini, Skudai, di sini Khamis lalu selepas didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata dua daripada mereka yang merupakan warga Pakistan berumur 29 dan 34 tahun, ditahan menerusi pemeriksaan pertama pada kira-kira 11.30 pagi di sebuah pondok keselamatan.

Katanya, menerusi pemeriksaan kedua di sebuah pondok keselamatan pada kira-kira 11.30 malam kelmarin pula, polls menahan seorang lagi pengawal keselamatan warga Pakistan berumur 23 tahun dan seorang pengawal keselamatan warga India berumur 28 tahun.

Advertisement

Beliau berkata keempat-empat pengawal keselamatan terbabit didapati gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Menurutnya menerusi pemeriksaan pertama, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang merupakan pengurus kepada dua pengawal keselamatan warga Pakistan berkenaan kerana didapati melanggar syarat lesen agensi persendirian dan menggajikan pekerja asing tanpa permit.

Dzulkhairi berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati pengurus berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan kes dadah.

Advertisement

Beliau berkata selain penahanan kesemua mereka, pihaknya turut merampas empat baju pengawal keselamatan tertera logo dan tulisan sebuah syarikat keselamatan yang dipakai warga asing terbabit.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 14 Akta Agensi Persendirian 1971 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dzulkhairi sehubungan itu menasihati semua pihak yang ingin melantik pengawal keselamatan supaya memilih syarikat kawalan keselamatan yang menepati syarat selain merujuk kepada Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan (4) Tahun 2010 yang menetapkan bahawa setiap majikan hendaklah mematuhi syarat atau peraturan pengambilan pekerja dan pengawal keselamatan mengikut Akta Agensi Persendirian 1971.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top