BM | EN | 中文

PENGUNJUNG MAHU CALON AHLI PARLIMEN TANJUNG PIAI PROMOSI TAMAN NEGARA KUKUP

Taman-negara-kukup.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 6 NOV : Pihak berwajib termasuklah Ahli Parlimen Tanjung Piai yang bakal dipilih rakyat pada 16 November ini perlu melakukan kerja-kerja promosi bagi memasarkan Taman Negara Pulau Kukup, di sini.

Menariknya gesaan itu bukan dibuat oleh penduduk tempatan sebaliknya pengunjung luar daerah Pontian yang mahu melihat Pulau Kukup menjadi destinasi pelancongan.

Advertisement

Khairul Azizi Yahya

Khairul Azizi Yahya, 44, berkata, dia lebih mengenali Taman Negara Tanjung Piai yang berada di kawasan berhampiran berbanding Pulau Kukup.

“Pertama kali mengunjungi pulau ini, saya rasa terpegun kerana keindahan alam semula jadi khususnya pelbagai jenis pokok bakau yang tumbuh di sini.

“Saya yakin sekiranya pihak berwajib termasuklah calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini mempromosi lokasi ini, ia pasti akan dapat menarik lebih ramai pengunjung,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Advertisement

Tambahnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk mempromosi Pulau Kukup kerana seluruh negara sedang memberi tumpuan kepada PRK Parlimen Tanjung Piai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Siti Maishara Supaid

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Siti Maishara Supaid, 34, pula memberitahu, pihaknya berharap kemudahan dan kelengkapan asas dapat ditambah baik pada masa depan.

“Sekiranya kemudahan awam seperti tandas dan tempat rehat di Pulau Kukup ini ditambah baik, saya percaya pengunjung akan bertambah.

Advertisement

“Pertambahan pengunjung luar akan bantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk tempatan. Bukankah itu antara tanggungjawab perlu dipikul seorang wakil rakyat,” soalnya.

Siti Maishara turut memberitahu, sebelum ini dia hanya pernah berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai kerana lokasi itu lebih popular jika dibandingkan dengan Taman Negara Pulau Kukup.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top