BM | EN | 中文

Pengundi Melaka di luar negara perlu dibenar mengundi di pejabat kedutaan atau konsulat

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 20 OKT: Pengundi pilihanraya negeri (PRN) Melaka yang berada di luar negara perlu dibenarkan mengundi di pejabat kedutaan atau konsulat, kata Adun Mengkibol, Chew Chong Sin.

Katanya, langkah itu dapat mengelakkan keperluan kuarantin 14 hari oleh kerajaan di negara di mana pengundi tersebut bermastautin jika kembali ke Malaysia.

“Contohnya, 300,000 pengundi Malaysia yang berada di Singapura dibenarkan untuk membuang undi di Singapura dalam pilihan raya akan datang.

Advertisement

“Terdapat lebih dari satu juta rakyat Malaysia berada di luar negeri tetapi hanya sebilangan kecil yang mana tidak sampai lima peratus daripada golongan ini telah mendaftar sebagai “Pengundi Tidak Hadir”.

“Oleh itu dalam pilihanraya yang sebelum ini, undi pos yang dikirim oleh SPR mengikut alamat luar negara “Pengundi Tidak Hadir” adalah tidak dapat merangkumi semua pengundi di luar negara secara sepenuhnya.

“Oleh demikian, mereka harus dibenarkan memohon demi membuang undi di pejabat kedutaan luar negera,” kata Chew dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Katanya, pengundi Melaka di luar negara perlu dilayan sama seperti anggota penjawat kedutaan luar negeri, polis dan tentera.

“(Ini) supaya mereka juga dapat membuang undi lebih awal dan semua undi dikirim balik ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dengan kaedah pengiriman bungkusan diplomatik.

“Semua undi ini harus dibuka, dihitung, dan disemak secara terpusat, dan bukannya meminta pengundi mengirimkan undi ke pejabat pengurus pilihan raya di daerah mereka masing-masing seperti apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2018.

Advertisement

“Dan juga, tidak harus tidak membenarkan semakan undi di pejabat kedutaan seperti yang berlaku pada pilihan paya umum ke-13.

“Di bawah normal baharu ini, kaedah membuang undi yang baharu dan fleksibel harus ditetapkan oleh SPR,” katanya lagi.

Chew turut mengingatkan para pengundi di luar negara untuk memberi perhatian kepada alamat surat-menyurat di Malaysia dan mengemaskini alamat tersebut secara dalam talian secepat mungkin.

Advertisement

“Sekiranya mereka telah membuat keputusan untuk tidak kembali ke Malaysia untuk mengundi, mereka boleh mendaftar sebagai “Pengundi Tidak Hadir” supaya akan menerima undi secara pos di luar negara,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top