BM | EN | 中文

Pengundi Johor di Singapura boleh mohon undi pos – SPR

tambak-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Pengundi Johor yang bekerja di Singapura boleh memohon untuk menjadi pengundi pos pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata pengundi berkenaan boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh yang akan dimaklumkan SPR selepas mesyuarat khas berhubung PRN berkenaan pada 9 Feb ini.

“Pengundi yang bekerja atau tinggal di luar negara termasuk di Singapura boleh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos dalam tempoh yang ditetapkan oleh SPR,” katanya.

Advertisement

Beliau dilaporkan Berita Harian berkata demikian selepas ditanya sama ada SPR akan melaksanakan inisiatif tertentu bagi memberi peluang kepada pengundi Johor di Singapura untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi mereka pada PRN Johor, termasuk kemungkinan boleh melaksanakan gelembung perjalanan.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen PRN Johor, Abdul Ghani, berkata Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi PRN itu akan dimaklumkan selepas dikemas kini Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu pada program Bicara Naratif di RTM Isnin lalu, Ghani mencadangkan supaya KKM dan MKN dapat memberi sedikit kelonggaran kepada calon parti politik yang akan berkempen pada PRN Johor.

Advertisement

Kebimbangan bahawa perhimpunan awam boleh membawa kepada penularan Covid-19 menyaksikan kempen disekat teruk ketika PRN Melaka pada November dan PRN Sarawak pada Disember.

Ghani berkata, SOP itu masih dibincangkan dengan KKM dan MKN.

“Kita berada dalam Fasa 4 (pelan pemulihan negara), jadi bagi saya, ada kemungkinan Kementerian Kesihatan dan MKN akan bersetuju dengan saya bahawa perlu ada sedikit kelonggaran ,” katanya.

Advertisement

Sebelum ini dilaporkan bahawa kira-kira 6% daripada 2.5 juta pengundi di Johor terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.

Terdapat larangan ke atas semua ceramah dan perhimpunan sosial semasa PRN Melaka pada November. Di Sarawak, ceramah hanya dibenarkan di 64 kawasan yang tidak mempunyai liputan internet, dengan perhimpunan terhad kepada dua jam.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top