BM | EN | 中文

PENGUNDI DIINGATKAN BAWA VOTER’S CARD ATAU SEMAK AWAL MAKLUMAT PENGUNDIAN

IMG-20191110-WA0040.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 10 NOV : Para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang tidak menerima kad pengundi (voter’s card), boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, berikutan itu, semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran yang disediakan.

Advertisement

“Ini termasuklah portal semakan pemilih iaitu https://pengundi.spr.gov.my; atau talian Hotline SPR di talian 03-88927018; atau aplikasi MySPR Semak.

“Para pengundi juga boleh menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMK) ke ke 15888 (taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azhar Azizan berkata, bagi pengundi yang telah menerima voter’s card atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak lagi perlu membuat semakan di barung semakan SPR.

Advertisement

“Sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi. Manakala, bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat.

“Maklumat itu adalah pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya.

Beliau turut mengingatkan para pengundi supaya membawa kad pengenalan dan voter’s card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

Advertisement

“Voter’s card atau catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top