BM | EN | 中文

PENGUNDI CINA YAKIN CALON MELAYU PH

IMG-20191103-WA0035.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN, 3 NOV: Pengundi Cina di Parlimen Tanjung Piai tidak melihat faktor kaum dalam memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang akan diadakan pada 16 November ini.

Rata-rata penduduk tempatan yang ditemui menyuarakan faktor lebih utama adalah komitmen individu berkenaan dalam menjuarai keperluan masyarakat setempat.

Advertisement

Ang Teck Siang

Ang Teck Siang, 56, memberitahu, jika masyarakat Cina mengundi berdasarkan kaum, sudah tentu calon Pakatan Harapan (PH) tidak akan menang di Parlimen tersebut pada pilihan raya umum lalu.

“Saya yakin faktor yang lebih penting berbanding kaum apa calon bertanding adalah kemampuan individu itu untuk berkhidmat kepada masyarakat berbilang kaum.

“Ahli Parlimen Tanjung Piai sebelum ini (Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik) berkhidmat untuk semua, malah dia juga meninggal kerana kepenatan bekerja bagi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Advertisement

Yeo Apollo

Sementara itu, Yeo Apollo, 50, pula memberitahu, dia membuat pilihan berdasarkan pasukan yang menyokong individu yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya.

“Walaupun PH baharu memegang kerajaan dalam tempoh singkat, namun saya percaya rekod ditunjukkan mereka adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

“Kami menyokong calon PH iaitu Karmaine Sardini kerana yakin dengan pasukan yang berada di belakangnya,” katanya.

Advertisement

Soh Wee Kwang

Seorang lagi pengundi Cina yang ditemui, Soh Wee Kwang, 23, juga memberitahu dia tidak kisah latar belakang calon tersebut kerana percaya individu itu mampu melakukan yang terbaik buat rakyat tempatan.

“Sebagai orang muda, saya mahukan pembaharuan dan pembangunan khususnya di kawasan ini.

“Ini bagi membolehkan penduduk tempatan generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik bagi membina keluarga masing-masing,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top