BM | EN | 中文

Pengumuman Menteri Kewangan wujudkan 500,000 pekerjaan jangan hanya cakap kosong

lim-lip-eng-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung rancangan kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan jangan hanya menjadi cakap-cakap kosong.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, angka 500,000 peluang pekerjaan bukan satu jumlah kecil dan sehingga kini masih ramai sedang bergelut mencari pekerjaan yang sesuai untuk mereka.

Ujarnya ini kerana pengumuman 150,000 laptop yang dibuat Zafrul tahun lepas untuk pelajar golongan B40 masih belum diterima, namun kali ini masih mahu berjanji sedemikian rupa.

Advertisement

Lip Eng membangkitkan tiga persoalan penting yang perlu dijawab oleh Tengku Zafrul berkenaan rancangan berkenaan.

“Pertama sekali, apakah jenis-jenis pekerjaan yang akan bakal ditawarkan kepada umum menerusi skim yang dirancang?

“Seterusnya, 500,000 adalah satu angka raksasa dan bagaimanakah peluang pekerjaan tersebut akan diperolehi kerajaan bagi mereka yang menganggur memandangkan banyak perusahaan dan perniagaan terkesan dan terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19?

Advertisement

“Soalan ketiga, bilakah angka penuh berkaitan peluang pekerjaan tersebut akan dicapai untuk pengetahuan umum?” soalnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Lip Eng dilaporkan Roketkini turut mempersoalkan sama ada peluang pekerjaan itu bakal ditawarkan melalui agensi kerajaan.

“Adakah wujud peluang pekerjaan bagi mereka yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi?

Advertisement

“Memandangkan parlimen juga masih belum dibenarkan bersidang, terpaksalah rakyat yang hilang kerja sejak penularan Covid-19 bertanya Menteri Kewangan melalui platform seperti media perdana dan secara maya,” ujarnya.

Malah Lip Eng turut meminta Zafrul mewujudkan 500 peluang pekerjaan yang jelas jenis dan proses pencariannya sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos untuk warga Kepong yang mencari kerja.

“Pihak saya dengan besar hatinya akan mencari calon-calon yang sesuai untuk kerja-kerja yang ditawarkan,” ujarnya.

Advertisement

Zafrul dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kewangan tahun ini akan mewujudkan peluang pekerjaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat akibat wabak Covid-19.

Katanya, kementerian menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan menerusi pewujudan Majlis Pekerjaan Negara dan program Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top