BM | EN | 中文

Penghinaan kaum seolah ‘barah’ dalam masyarakat – Salahuddin

salahuddin-ayub-ahli-parlimen-pulai.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyelar tindakan sesetengah pemimpin yang menjadikan penghinaan kepada kaum sehingga menjadi barah di kalangan masyarakat dalam negara ini.

Beliau berkata, penghinaan kepada pemain badminton perseorangan wanita negara Kisona Selvaduray diibaratkan sebagai buli siber dan barah penghinaan kaum.

“‘Cyberbully’ dan ‘Racial Slur’ dua perkara yang menjadi barah dalam masyarakat kita. Sementalah hinaan perkauman ini sudah sejak sekian lama, cyberbully adalah trend sekarang yang bagai menambah garam di luka rakyat Malaysia.

Advertisement

“Kritikan perkara biasa bagi atlet profesional namun penghinaan warna kulit dan keturunan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sesiapapun di mana-mana di muka bumi ini,” kata Salahuddin dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau turut mengimbas komitemen Malaysia yang mencela dasar apartheid di Afrika Selatan pada Persidangan Negara Komanwel 1985 di Nassau, Bahamas yang akhirnya membawa rakyat Afrika keluar daripada belenggu perkauman.

“Tetapi apabila di negara tercinta ini sendiri wujud perkara yang menghinakan ini, ia sangat mendukacitakan. Kepelbagaian kaum adalah teras perpaduan dan tulang pembangunan negara kita.

Advertisement

“Kisona telah berjuang sepenuh jiwa dengan Jalur Gemilang didada, sudah cukup membuktikan darahnya lebih Malaysia dari sesetengah orang.

“Kisona, anda permata negara masa hadapan. Saya ucapkan selamat berjaya pada Piala Uber,” kata Salahuddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top