BM | EN | 中文

PENGGUNAAN VAPE DI KALANGAN PELAJAR TERKAWAL

IMG-20191125-WA0006.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 NOV : Penggunaan vape atau rokok elektronik di sekolah-sekolah negeri ini adalah terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, berdasarkan rekod, salahlaku murid yang direkodkan pihak sekolah dari Januari hingga Oktober lepas mendapati hanya 757 murid yang terlibat dalam gejala ini.

“Hanya 757 murid yang terlibat daripada 576,901 keseluruhan murid negeri ini membabitkan 0.131 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Muhamad Said Jonit (PH-Mahkota) pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Advertisement

Muhamad Said bertanya tentang apakah pelan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membendung gejala vape yang semakin menular di kalangan pelajar.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani bagaimanapun memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan pihak sekolah melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap mereka yang terlibat.

“Pihak sekolah juga telah melaksanakan pelbagai intervensi dalam mencegah penggunaan vape tersebut.

Advertisement

“Antaranya program kolaborasi antara JPN Johor dengan Jabatan Kesihatan Negeri, pengedaran pamplet dan poster ke sekolah-sekolah, kempen pencegahan bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Komuniti,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, semua kesalahan akan dan telah diambil tindakan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top