BM | EN | 中文

Penggunaan meningkat sempena Aidilfitri, TNB Johor tumpu lima daerah

TNB-Tenaga-Nasional-Berhad.png
Advertisement

BATU PAHAT, 14 MEI: Tenaga Nasional Bhd (TNB) Johor akan memberi tumpuan kepada lima daerah di negeri ini menjelang Hari Raya Aidilfitri berikutan jangkaan peningkatan penggunaan bekalan elektrik ‘luar biasa’ di kawasan berkenaan.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan (Bahagian Peruncitan) TNB Johor Datuk Baderul Sham Saad berkata daerah berkenaan adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang dan Muar.

Katanya, tumpuan di kawasan berkenaan berikutan jangkaan penggunan bekalan elektrik akan bertambah sekitar 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Advertisement

Ini kerana pelanggan bekalan utiliti berkenaan akan menghabiskan masa lebih banyak di rumah dan tidak keluar beraya kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Penugasan selama 24 jam akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan elektrik tidak akan terputus di seluruh negeri ini, terutamanya unit rondaan yang akan memastikan tiada berlakunya kejadian yang tidak diingini berkaitan dengan bekalan.

“Kita anggarkan kira-kira 600 staf TNB akan diletakkan dalam keadaan bersedia untuk tujuan berkenaan,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada pesara TNB, balu staf TNB dan golongan memerlukan di Pejabat TNB Batu Pahat, di sini, hari ini.

Hadir sama, Eksekutif Kanan Penyelenggaraan TNB Batu Pahat merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) TNB Batu Pahat, Aminuddin Abdul Rahman.

Baderul Sham berkata Kedai Tenaga TNB seluruh negari ini akan mula beroperasi pada Isnin depan bagi memudahkan pelanggan melakukan pelbagai urusan termasuklah pembayaran bil tertangguh sebelum ini.

Advertisement

Bagaimanapun, orang ramai digalakkan membuat pembayaran bil melalui dalam talian dan beberapa agen TNB seperti di stesen minyak dan juga kedai serbaneka sepanjang tempoh perlaksanaan PKPB.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top