BM | EN | 中文

Penggunaan marsyal konvoi tanpa kebenaran polis boleh ditahan – KP Johor

Polis-Johor-mahu-tangkap-marsyal.jpeg

Ayob Khan Mydin Pitchay ketika hadir pada Program Bertemu Pelanggan dan beramah mesra bersama orang awam di sebuah pasar raya di Taman Yayasan, Segamat di Johor (Gambar Ehsan Utusan Online)

Advertisement

SEGAMAT, 12 DIS: Polis Johor tidak akan teragak-agak menangkap serta merta mana-mana pihak yang menjadi pengiring atau marsyal ketika mengawal lalu lintas tanpa pembabitan pihak polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tiada kompromi buat pengiring atau marsyal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang ada antaranya memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat.

“Penggunaan marsyal dalam sesuatu pertandingan, konvoi atau apa jua program mestilah dengan kehadiran anggota polis.

Advertisement

“Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marsyal ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan dan pelbagai lagi,” katanya lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bertemu Pelanggan di sebuah pasar raya di Taman Yayasan, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Bahrin Mohd. Noh dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintenden Khairul Azhar Ismail.

Advertisement

Ayob Khan berkata, Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diperuntukan dengan memberikan kuasa kepada Pegawai Polis, Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Warden Trafik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengawal lalu lintas di jalan awam.

Menurutnya, individu atau kumpulan yang membuat tindakan memberhentikan, mengawal atau melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota polis akan terus ditahan.

“Polis Johor akan berterusan memantau rakaman video, imej, laluan jalan raya selain risikan maklumat awam di laman sosial yang menunjukkan aksi marsyal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat,” tegasnya.

Advertisement

Golongan itu dipercayai bertindak demikian bertujuan memberi laluan kepada konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak melepasi lampu isyarat merah.

Terdahulu, Ayob meluangkan masa memberikan sumbangan baucar pembelian barangan kepada 20 pesara polis serta balu, selain melihat proses pembayaran saman sempena diskaun 80 peratus di kaunter sementara yang disediakan di perkarangan pasar raya itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top