BM | EN | 中文

PENGGUNA JALANRAYA JANGAN AMBIL RISIKO REDAH JALAN DITUTUP AKIBAT BANJIR

solihan-2.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 DIS : Pengguna jalanraya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko meredah kawasan jalan yang ditutup akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, sehingga pagi tadi sebanyak lima jalan ditutup manakala 13 jalan telah dibuka.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri juga telah menubuhkan bilik gerakan khusus untuk memantau jalan-jalan yang ada diantaranya ditutup ekoran air naik atau mengalami tebing runtuh.

Advertisement

“Bagaimanapun keadaan terkawal sehingga ini tidak ada laporan mengenai jambatan rosak. Antara jalan ditutup membabitkan Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu dan Jalan Kota Tinggi -Mersing Risda yang ditenggelami air.

“Kedalaman air mungkin kurang satu meter tetapi kita minta pengguna jangan ambil risiko sebab air mengalir deras walaupun kenderaan berat boleh terbalik.

“Saya nasihatkan semua orang hati-hati jangan ambil mudah menggunakan jalan terlibat. Jangan ambil risiko. Sekiranya ada pengguna hendak tahu keadaan terkini jalan di Johor boleh lihat website http://bencanaalam.jkr.gov.my,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di Dewan Kolej Vokasional, hari ini.

Mohd Solihan yang merupakan Adun Tenang berkata, pihak JKR mempunyai pasukan forensik di mana dari masa ke semasa melakukan audit serta kajian.

Menurutnya, jika ada keperluan jalan yang mengalami kerosakan akibat banjir akan dibaiki berdasarkan risiko juga kesannya.

Advertisement

“Kerja membaiki jalan dilakukan pihak konsesi di mana mereka ada SOP (prosedur operasi standard) dan memantau mana jalan yang boleh dibaiki. Ada juga peruntukan khas disediakan untuk tebing runtuh,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top