BM | EN | 中文

Penggiat hartanah lebih yakin terhadap prospek pasaran pada separuh kedua 2021: REHDA

REHDA-Soam-Heng-Choon.jpg

Gambar Ehsan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Peserta hartanah kini lebih yakin terhadap tinjauan pasaran untuk separuh kedua tahun 2021 berbanding separuh pertama tahun ini, demikian menurut tinjauan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Presiden Datuk Ir Soam Heng Choon berkata prospek pasaran pada separuh kedua 2021 didorong terutamanya oleh jangkaan pemulihan ekonomi secara meluas yang mampu meningkatkan sentimen untuk membeli.

“Memandangkan lebih banyak negara semakin pulih daripada COVID-19, perdagangan kita akan bertambah baik dan ini akan merancakkan ekonomi. Apabila ekonomi secara meluas telah pulih, pasaran hartanah akan menyusul,” katanya dalam satu taklimat semalam.

Advertisement

Mengenai kaji selidik yang meliputi 134 responden, beliau berkata 20 peratus daripada responden optimis terhadap prestasi pasaran dan jualan hartanah pada separuh kedua 2021 berbanding lapan peratus pada separuh pertama tahun ini.

Manakala bagi sektor kediaman, 26 peratus responden optimis pada separuh kedua 2021 berbanding lapan peratus pada separuh pertama tahun ini.

Soam berkata sebanyak 13,037 unit telah dirancang untuk dilancarkan pada separuh pertama 2021 dengan 12,874 unit adalah kediaman (6,998 unit strata dan 5,876 unit di atas tanah) dan 163 unit komersial.

Advertisement

Beliau menambah 83 peratus daripada responden dengan pelancaran masa depan mengunjurkan prestasi jualan masing-masing pada sekitar 50 peratus dan ke bawah untuk enam bulan pertama.

Sementara itu, Soam berkata responden bersikap neutral terhadap prospek ekonomi dan perniagaan untuk tahun 2021, walaupun secara jelasnya, mereka agak bimbang mengenal kuasa membeli pengguna pada separuh pertama tahun ini.

Beliau turut menjelaskan 51 peratus responden mendedahkan kos keseluruhan menjalankan perniagaan meningkat 12 peratus pada separuh kedua 2020 dan 98 peratus responden terkesan oleh senario ekonomi semasa sementara mereka yang paling teruk terkesan meningkat kepada 42 peratus berbanding 26 peratus pada separuh kedua 2019.

Advertisement

Soam menambah kos pematuhan kekal menjadi komponen teratas yang mempengaruhi aliran tunai, diikuti oleh kos tenaga kerja dan kos tanah.

Mengenai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020/2021, beliau berkata kempen ini telah membantu melonjakkan prestasi jualan dengan majoriti atau 89 peratus responden mencatatkan jualan menerusi kempen ini dan 87 peratus responden bersetuju bahawa HOC berkesan dalam menyelesaikan hartanah yang tidak terjual.

Beliau berkata REHDA turut berharap kerajaan boleh melanjutkan HOC sehingga Dis 2021 bagi membantu pemaju hartanah untuk bertahan.

Advertisement

Kaji selidik itu turut mendedahkan Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang and Selangor merancang untuk melancarkan unit kediaman dengan harga dalam lingkungan RM250,001 hingga RM500,000 sementara Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan pula berhasrat menawarkan unit dengan harga antara RM500,001 dan RM700,000.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top