BM | EN | 中文

Pengganti Dr Maszlee masih teka-teki

Maszlee-1-01-scaled.jpg

Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN: Pengganti Menteri Pendidikan masih menjadi teka-teki meskipun beberapa nama telah dosebut-sebut untuk memegang jawatan penting kabinet tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam, Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata pengganti Dr Maszlee Malik akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah beliau berikan selama menjadi anggota kabinet.

Advertisement

“Pengganti beliau akan saya tentukan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam reaksi yang bercampur-baur lanjutan peletakan jawatan, suatu petisyen dalam talian digerakkan semalam bagi menggesa Dr Maszlee kekal sebagai Menteri Pendidikan.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 11.50 pagi, petisyen tersebut meraih lebih 270,000 tandatangan dan masih terus menerima sokongan.

Advertisement

Petisyen tersebut menyatakan, keputusan (Dr Maszlee) meletakkan jawatan adalah kehilangan besar buat negara.

“Mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar Perdana Menteri sebagai negarawan terulung mengembalikan Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai menteri pendidikan,” kata kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang berharap Dr Mahathir mempertimbangkan usaha yang dimulakan Dr Maszlee dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

Advertisement

Katanya, guru di sekolah memerlukan penyelesaian antaranya mengurangkan bebanan kerja guru, kemelut isu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pendidikan untuk semua khasnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

“Usaha memperbaiki dan menambah baik sistem pendidikan merangkumi seramai 5 juta pelajar, 450 ribu orang guru dan 150 ribu orang staf sokongan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu diberi perhatian,” katanya.

Sementara itu pagi ini, tular di aplikasi whatsapp mengenai spekulasi dua nama ahli parlimen yang dikatakan akan menggantikan Dr Maszlee.

Advertisement

Seorang daripadanya merupakan Menteri Kabinet semasa, manakala seorang lagi merupakan bekas menteri kerajaan terdahulu yang berasal dari Pantai Timur.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top