BM | EN | 中文

Pengetua disiasat atas dakwaan salah laku seksual

sex-grooming-e1578478585938.jpg

Tangkap layar yang tular di laman sosial

Advertisement

KULAI, 12 JAN: Pengetua Cemerlang yang didakwa terlibat dalam ‘pengantunan seksual’ membabitkan seorang pelajar baru-baru ini sudah dipindahkan daripada sekolah berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pengetua terbabit kini ditempatkan di sebuah Pejabat Pendidikan Daerah sementara siasatan dijalankan.

“Kementerian Pendidikan mahu memastikan sekolah merupakan satu kawasan yang selamat untuk semua pelajar. Kami tidak mahu individu terlibat mengganggu mangsa atau pelajar lain dalam tempoh ini.

Advertisement

“Sementara siasatan dijalankan Jabatan Pendidikan Negeri, tindakan mengikut undang-undang akan diambil sekiranya pengetua terbabit didapati bersalah,” katanya.

Dia berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar semasa menghadiri program Kembali Ke Sekolah SWM Kasih di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini hari ini.

Khamis lalu, JPN Johor dilaporkan menjalankan siasatan melibatkan pengetua berkenaan susulan pembongkaran perbuatan terkutuk itu oleh seorang aktivitis.

Advertisement

Pengetua terbabit turut didakwa menghantar mesej berunsur lucah kepada mangsa yang kini telah menjadi tular dalam media sosial.

Nie Ching yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulai itu turut menggesa mana-mana pihak yang berhadapan situasi sama untuk melaporkan perkara berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top