BM | EN | 中文

Pengerusi DAP Johor cadang kerajaan kurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4D

Liew-Chin-Tong-3.jpg

Gambar Ehsan The Star

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong mencadangkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4D.

Chin Tong berkata, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meningkatkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 4-digit daripada lapan kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

“Pada November 2018 kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas.

Advertisement

“Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

“Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasioal.

“Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit,” kata Chin Tong pada sidang di Dewan Negara semalam.

Advertisement

Beliau menjelaskan cabutan khas dimulakan pada 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu dan kerajaan mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan.

“Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

“Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan.

Advertisement

“Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi,” dedah Chin Tong.

Tambah beliau, kerajaan sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

“Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan.

Advertisement

“Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top