BM | EN | 中文

Pengerusi Amanah Johor nasihat sayap pemuda mendengar isu, menyusun dan bertindak

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUL: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Aminolhuda Hassan menasihatkan pemuda PH terutamanya sayap pemuda parti itu untuk terus mendekati golongan anak muda di negara ini dan memperjuangkan isu mereka.

Beliau berkata, sayap pemuda perlu membawa mandat rakyat dan mengangkat isu golongan muda yang menjadi sebahagian dari asas perjuangan mereka.

“Sebagai penggerak masa depan parti, pemuda Parti Amanah terutamanya di negeri Johor ini harus bersedia untuk memimpin barisan anak muda hari ini dalam pelbagai aspek yang mereka ceburi.

Advertisement

“Kekuatan seperti ilmu dari segi gerak kerja mendekati anak muda, bersedia menjadi pendengar kepada suara mereka dan mengambil tindakan dari permasalahan yang diterima adalah suatu perkara yang perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin muda.

“Kita juga harus mengingatkan pada PRU-14 yang lalu, undi anak muda telah membawa perubahan kepada negara dengan jatuhnya Umno-BN.

“Itu adalah mandat dari anak muda kepada kita. Apa yang berlaku hari ini anak muda perlu disedarkan mandat mereka telah dirampas,” katanya dalam temubual melalui aplikasi Google Meet semalam.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani berkata, anak muda di Malaysia hari ini berdepan pelbagai masalah dan cabaran.

Justeru itu, sikap mendengar, menyusun dan bertindak berdasarkan dapatan dari isu-isu melibatkan golongan muda perlu dilakukan bagi mencerminkan Parti Amanah sebagai sebuah parti yang cakna dengan isu rakyat.

“Jadikan pelbagai pandangan tersebut sebagai kekuatan kepada gerak kerja. Itu adalah salah satu cara yang memperlihatkan diri seorang individu sebagai pemimpin.

Advertisement

“Selain itu penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai gerak kerja pemuda juga perlu agar umum mengetahui kepimpinan yang membawa suara semua peringkat.

“Pemimpin muda juga harus berkorban serta mendekatkan diri dengan penyediaan dari segi kekuatan tenaga, idea atau ilmu.

“Selain (itu) cakna dengan minat anak muda hari ini dan turut sama terlibat agar tidak ketinggalan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top