BM | EN | 中文

Pengerusi Amanah Johor harap rakyat di negeri ini terbela pada 2021

Aminolhuda-Hassan-Parit-Yaani-Parti-Amanah-Negara-Johor.png

Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, YB Aminolhuda Hassan

Advertisement

BATU PAHAT, 31 DIS: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan berharap agar rakyat di negeri ini terus terbela pada tahun 2021.

Aminolhuda dalam ucapan tahun baru 2021 berkata, dugaan sepanjang tahun ini amat mencabar selain iklim politik selain suasana pandemik Covid-19 yang masih belum pulih.

“Saya mengalukan sebarang bantuan kepada pembangunan rakyat di negeri ini agar mereka terbela berikutan kesempitan ekonomi yang mencabar pada tahun 2020.

Advertisement

“Saya akui terdapat kelembaban ekonomi yang berlaku akibat pandemik Covid dan langkah-langkah penstrukturan perlu dibuat bagi membantu semula rakyat di negeri ini.

“Antara yang terkesan adalah mereka yang sebelum ini bekerja di Singapura dan peniaga-peniaga ‘ekonomi gig’ yang berada bandar-bandar di negeri ini.

“Bantuan dari segi pembangunan ke atas ekonomi mereka perlu diberikan fokus utama bagi menampung semula kerugian atau kehilangan punca pendapatan yang mereka alami sewaktu PKP,” ucapnya.

Advertisement

Beliau yang juga Adun Parit Yaani itu turut menyentuh perkembangan politik negara yang hangat susulan pertukaran kerajaan pada Februari lalu.

Tambahnya budaya khianat bukan suatu yang baik untuk dicontohi dan tindakan tersebut memberi kesan yang sangat negatif kepada sistem demokrasi negara.

“Dalam isu politik pula, tahun 2020 memperlihatkan suatu sejarah yang tidak baik kepada generasi muda apabila berlaku pengkhianatan akibat kegilaan mahu berkuasa.

Advertisement

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut membuatkan rakyat hari ini bosan dengan politik tanahair. Ini menunjukkan bahawa kerosakan sistem demokrasi telah berlaku dan amat tidak baik.

“Walaubagaimana pun Parti Amanah bersama pembangkang akan terus berusaha membantu membawa suara rakyat semampu mungkin demi membangunkan kehidupan yang lebih selesa dan berdaya saing khususnya bagi negeri Johor ini.

“Insya Allah saya mendoakan agar tahun 2021 akan menjadi tahun yang terbaik untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku ketika tahun 2020,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top