BM | EN | 中文

Pengerusi Amanah Johor arah petugas ke PRN Sabah kuarantin diri

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

BATU PAHAT, 4 OKT: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mengarahkan seluruh jentera parti dari Johor yang berkempen di pilihanraya negeri (PRN) Sabah baru-baru ini untuk melakukan kuarantin kendiri.

Katanya, ia bertujuan membantu negara meskipun tiada arahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk berbuat demikian.

“Amanah Johor telah memutuskan kepada semua pimpinan parti yang pulang dari Sabah kerana berkempen sewaktu PRN Sabah hendaklah mengasingkan diri selama dua minggu dari sebarang himpunan ramai walaupun keputusan ujian Covid 19 mereka negatif dan tiada arahan dari KKM.

Advertisement

“Keselamatan, kesejahteraan dan kebimbangan orang ramai dari penularan wabak Covid 19 adalah lebih utama dilaksanakan.

“Maka semua pimpinan (yang menyertai kempen PRN) di Sabah tidak dibenarkan hadir dalam Mesyuarat Tahunan di mana-mana kawasan di Johor,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tidak akan menghadiri sebarang program dalam jumlah kehadiran ramai termasuk mesyuarat tahunan kawasan-kawasan yang sedang berlangsung di Johor.

Advertisement

“Mesyuarat tahunan Amanah Seri Gading yang sepatutnya dirasmikan Datuk Seri Salahuddin Ayub telah digantikan kepada Syed Othman Abdullah (bukan jentera ke PRN Sabah) kerana Daruk Seri (Salahuddin) masih dalam tempoh pengasingan kendiri.

“Manakala saya pada 2 Oktober sepatutnya merasmikan mesyuarat tahunan Amanah Batu Pahat telah digantikan oleh Azam Razak, begitu juga pada 3 Oktober dengan digantikan oleh Haji Norazid.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua pendokong parti Amanah yang mengambil insiatif untuk melakukan kuarantin atau pengasingan kendiri secara sukarela bagi usaha menyekang wabak Covid-19 ini dari menular,” katanya lagi.

Advertisement

Untuk rekod, sehingga hari ini tiada lagi jentera dari Parti Amanah negeri Johor yang dilaporkan positif dalam ujian ‘swab’ yang dilakukan terhadap mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top