BM | EN | 中文

Pengerang LNG catat lebih langganan tiga kali

Pengerang-LNG-Two-Sdn-Bhd-scaled.jpg

DCIM100MEDIADJI_0166.JPG

Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd (PLNG2), anak syarikat milik 65 peratus Petronas Gas Bhd (PetGas), telah memuktamadkan penerbitan Sukuk Murabahah pelbagai tranche bagi tempoh 20 tahun berjumlah RM1.7 bilion di bawah program Nota Jangka Sederhana Islam.

Langganan yang melebihi tiga kali itu mencerminkan keyakinan pasaran terhadap kekuatan kredit syarikat yang telah diberi penarafan AAA oleh Malaysian Rating Corporation Bhd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PetGas, Kamal Bahrin Ahmad berkata penerbitan itu seiring dengan usaha berterusan dalam mendorong pengurusan modal yang cekap di seluruh Kumpulan PetGas.

Advertisement

“Kami gembira dengan sambutan dan permintaan luar biasa daripada para pelabur, disokong oleh model perniagaan kami yang mantap serta mampan di sebalik cabaran global semasa,” kata Kamal Bahrin yang juga Pengerusi PLNG2.

Hasilnya akan digunakan oleh PLNG2 untuk tujuan patuh syariah, terutamanya untuk membayar pinjaman pemegang saham dalam mata wang dolar US yang masih belum dibayar sepenuhnya, justeru tiada perubahan dalam pinjaman Kumpulan PetGas yang disatukan.

Penerbitan sukuk murabahah bernilai RM1.7 bilion itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan serta berbayar PetGas dan/atau pemegangan saham pemegang saham syarikat tersebut.

Advertisement

Berdasarkan kepada penyata kedudukan kewangan PetGas pada 30 Jun, 2020 tidak akan berlaku perubahan ketara dalam tahap kadar hutang yang disatukan.

Selain itu, penerbitan itu tidak akan memberi kesan ketara terhadap pendapatan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham Kumpulan PetGas untuk tahun kewangan semasa.

PLNG2 mengendalikan gas asli cecair (LNG) Terminal Regasifikasi Pengerang (RGT) di Johor dan kemudahan regasifikasi kedua PetGas selain daripada RGT Sungai Udang yang terletak di Melaka.

Advertisement

Pemegang saham PLNG2 yang lain adalah Dialog LNG Sdn Bhd (25 peratus) dan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (10 peratus).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top