BM | EN | 中文

Pengerang dinaiktaraf Majlis Perbandaran, demi pembangunan mampan dan sejahtera

majlis-perbandaran-pengerang-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Langkah menaiktaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang kepada Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bertujuan bagi memastikan pentadbiran di kawasan tersebut dilaksanakan dengan telus dan berintegriti.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, langkah menaiktaraf status perbandaran itu perlu dilihat dari segi kemajuan dan usaha bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Saya berharap agar langkah menaiktaraf MPP sebagai Pihak Berkuasa Tempatan ke-16 di negeri Johor akan mewujudkan pembangunan dan perbandaran yang mampan serta mensejahterakan masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Pengumuman naiktaraf kepada MPP itu dibuat bersama Menteri Besar Johor dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan mulai berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Langkah tersebut telah diputuskan sebelum ini melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor pada 24 Oktober 2018.

Ia disusuli persetujuan dicapai jemaah Menteri Persekutuan pada 8 November 2019, dan dengan itu tempoh pentadbiran Johor Corporation (JCorp) ke atas PBT Pengerang ditamatkan pada 31 Disember 2019.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Chen Choon yang juga Adun Jementah berkata, MPP memerlukan barisan Ahli Majlis sebagaimana tertakluk di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) bagi memastikan kelancaran urusan pentadbiran PBT berkenaan.

“Susulan itu, MMK pada 11 Disember 2019 telah mengambil ketetapan agar proses perlantikan tersebut dilaksanakan secara berperingkat.

“Sebagai permulaan, seramai sepuluh orang Ahli Majlis akan membarisi pentadbiran MPP bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 sebagaimana senarai di bawah.

Advertisement

“Manakala, bakinya akan dilantik pada masa terdekat yang akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada warga MPP dan Ahli Majlis yang dilantik serta berharap agar Pengerang akan terus membangun secara mampan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top