BM | EN | 中文

PENGERANG DIHARAP JADI BANDAR BESTARI DAN LESTARI

sahruddin-berucap-1.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 28 SEPT: Kerajaan negeri Johor berharap Pengerang akan menjadi sebuah bandar bestari dan lestari melalui pembangunan mampan bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, usaha tersebut turut terkandung dalam rangka kerja Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019 hingga 2030.

“Saya berharap agar Pengerang akan menjadi sebuah Bandar Bestari dan Lestari di bawah flagship Program Pengerang Pintar (Smart Pengerang) dan Inisiatif Hijau serta Bandar Karbon Rendah (Low Carbon City),” kata Sahruddin.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada perasmian Jajaran Jalan Persekutuan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang sepanjang 23.8 km, di sini, semalam.

Sahruddin menjelaskan, Pengerang berada kira-kira 45 kilometer dari Johor Bahru terdiri dari 70 peratus tanah rancangan Felda dan 30 peratus kampung tradisional.

Manakala pertanian dan perikanan sebagai aktiviti utama penduduk berpotensi menjadi pemangkin industri pelancongan di kawasan tersebut.

Advertisement

Namun, Pengerang bertukar wajah sejak tahun 2013 apabila Kompleks Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dibangunkan.

Antara projek lain di Pengerang ialah Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan State Secretary, Johor (Incorporated) (SSI).

Dalam pada itu, Sahruddin berkata, kerajaan Johor sentiasa mencari jalan dan usaha untuk meningkatkan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam, dalam masa yang sama menerjemahkan teras utama pelan iaitu pembangunan lestari.

Advertisement

“Apa yang lebih penting, pelaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan juga negara,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top