BM | EN | 中文

Pengendali makanan di Johor perlu patuh garis panduan keselamatan, kebersihan

peniaga-makanan.jpg

Gambar Fail

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 APR: Para peniaga dan engendali makanan di Johor perlu mematuhi garispanduan keselamatan dan kebersihan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

“Saranan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor agar semua operator makanan mematuhi garis panduan keselamatan makanan khusus untuk produk makanan yang dipasarkan secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berkuatkuasa.

“Perkara ini ditekankan kerana aktiviti mendapatkan bekalan makanan banyak dijalankan secara dalam talian akibat limitasi pergerakan luar.

Advertisement

“Ini melibatkan semua jenis makanan seperti produk makanan sedia dimakan (ready to eat), makanan siap diproses seperti kerepek, biskut dan lain-lain serta minuman.

“Justeru itu, adalah penting untuk semua pihak memahami dan mengambil langkah kawalan dalam memastikan yang dibeli atau dipasarkan secara dalam talian memenuhi keperluan keselamatan makanan,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan purata peratusan terhadap pematuhan PKP di seluruh negeri Johor pada 17 April mencatatkan sedikit penurunan iaitu 96.84 peratus berbanding 96.98 peratus pada 16 April.

Advertisement

“Amat penting bagi kita mematuhi penguatkuasaan PKP ini dengan terus berada di rumah, menjaga kesihatan diri iaitu membersihkan tangan selalu menggunakan sabun atau hand sanitizer serta menjaga jarak sosial satu meter sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top