BM | EN | 中文

Pengendali hotel, taman tema Johor jangka perniagaan bertambah baik

johor-bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 OKT: Industri hotel di Johor menjangka perniagaan akan bertambah baik dalam bulan-bulan akan datang apabila pengendali hotel mula menerima banyak pertanyaan untuk membuat tempahan dengan penarikan balik larangan perjalanan rentas negeri baru-baru ini.

Beberapa pengendali hotel malahan telahpun menyediakan pakej istimewa untuk mengalu-alukan kedatangan tetamunya selepas kejatuhan mendadak perniagaan sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac. 2020.

Perniagaan mereka terjejas teruk akibat daripada penutupan sempadan Malaysia-Singapura pada 2020 serta larangan perjalanan antara negeri dan antara daerah bermula Mei tahun ini yang menyebabkan beberapa hotel daripada hotel bertaraf tiga hingga lima bintang terpaksa menutup terus operasi mereka.

Advertisement

Kebanyakan pengendali ini kini lebh optimis dengan penarikan balik larangan perjalanan antara negeri tetapi mereka masih mengambil pendekatan berhati-hati dan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang relevan dipatuhi ketika menjalankan pemiagaan dalam norma baharu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings One Sdn Bhd Roslina Arbak berkata semua pusat peranginan bertaraf dunianya mematuhl standard kesihatan dan keselamatan global di setiap hartanah.

Pengendali hotel itu juga memastikan hampir 100 peratus daripada semua kakitangan dan penyedia perkhidmatannya telah menerima vaksin lengkap, menjalankan ujian bergilir daripada 25 peratus tenaga kerja dan pekerja kontraknya setiap minggu sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.

Advertisement

“Dengan pembukaan Adventure Waterpark kami pada 14 Okt kepada orang awam, kami telah menjalankan protokol pembukaan secara berperingkat bagi memastikan semua protokol kesihatan dan keselamatan dan penjarakan fizikal dilaksanakan, melatih kakitangan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu untuk menguruskan taman itu dan memastikan operasi am taman itu berjalan lancar,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata syarikat itu, yang merupakan pemaju induk dan pengendali Desaru Coast Destination Resort, menyaksikan peningkatan minat dan tempahan berikutan tawaran menank dan syarat-syarat tempahan yang fleksibel yang boleh menerima pembatalan dan tempoh sah yang dilanjutkan.

“Kami mendapat rangsangan daripada minat memberangsangkan terhadap pelancongan domestik. Kami kini berharap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berusaha untuk membenarkan kedatangan pelancong antarabangsa daripada senarai negara “selamat yang diluluskan, tidak lama lagi.

Advertisement

“Ini sudah pastinya akan membantu memulihkan semula industri pelancongan Malaysia dan apa yang lebih penting, ekonomi negara,” katanya.

Roslina berkata, pelancongan, secara umumnya, dijangka mencatatkan lonjakan ekoran peningkatan permintaan dalam tempoh terdekat ini dan ia dijangka memasuki fasa stabil selepas sambutan perayaan Tahun Baru China pada 2022.

Beliau turut memuji usaha program vaksinasi seluruh negara oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang membuka ruang kepada pelonggaran sekatan dan pembukaan perjalanan rentas negeri.

Advertisement

Pengurus Besar Renaissance Johor Bahru Hotel Gagan Sigh berkata, segalanya menuju ke landasan yang tepat apabila hotel berkenaan rnenerima banyak pertanyaan melalui tempahan dalam talian dan panggilan telefon.

“Berikutan larangan perjalanan sebelum ini keadaan disifatkan tidak begitu baik. Setakat ini kami berpandangan, prospek dilihat memberangsangkan. Kami hanya perlu memastikan semua indwidu mematuhi SOP malah, kami turut berhati-hati sambil memperkukuh kedudukan melalui peluang ini,” katanya.

Gagan berkata jumlah tempahan dan pertanyaan menyaksikan peningkatan, terutamanya danpada pengembara perniagaan dan pelancong dari negeri lain untuk melawat Johor, namun belum sampai ke tahap habis ditempah untuk beberapa minggu yang akan datang.

Advertisement

“Dengan sekatan perjalanan yang telah ditamatkan, kami berharap dapat memulihkan perniagaan kami kepada 60 peratus. Berbanding 60 peratus, penurunan perniagaan kami sepatutnya pada 40 peratus.

“Memandangkan pengembara antarabangsa akan datang semula, saya jangka kita akan kembali kepada tahap sebelum ini, sebagaimana kita akan kembali ketika tempoh sebelum COVID-19. Oleh itu, saya merasakan kita mash berada dalam situasi yang mencabar pada masa ini,” katanya.

Gagan berkata 60 hingga 65 peratus daripada perniagaan hotel disumbangkan oleh pelancong tempatan, manakala selebihnya daripada pengembara antarabangsa.

Advertisement

“Kita menuju ke landasan yang tepat, namun masih jauh danpada tahap kegernilangan yang kita capai sebelum ini terutamanya yang disumbang oleh pengembara antarabangsa,” tambahnya.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Holiday Inn Express & Suites Johor Bahru, Keyin Tay berkata dengan kelonggaran terkini berkaitan COVID-19, hotel itu melihat peluang yang cerah untuk merancakkan semula sektor pelancongan di Johor.

“Bukan itu sahaja. kita juga melihat usaha kerajaan negeri Johor (membenarkan perjalanan) antara Johor dengan Singapura, dan ini sesuatu yang kita harapkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

Advertisement

Menurutnya. memandangkan hotel tersebut dijadual dibuka menjelang akhir tahun ini, ia melihat isyarat yang sangat positif dapat dibuka mengikut masa yang ditetapkan.

“Dengan kemajuan pantas (yang sedang dilaksana) dalam fasa pemulihan kita sudah tentunya melihat lonjakan permintaan tempahan perjalanan berikutan fenomena ‘melancong untuk membalas dendam’.

“Malah, berita mengenai fasa ini tiba tepat pada masanya. iaitu pada bulan-bulan yang paling menjadi tumpuan pada setiap tahun untuk melancong, di penghujung cuti akhir tahun.

Advertisement

“Ini sudah tentu memberikan senyuman kepada kebanyakan pemilik hotel kali ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top