BM | EN | 中文

Pengasuh warga Thailand ditahan dipercayai dera bayi

bayi-kanak-kanak.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MAC: Seorang pengasuh warga Thailand ditahan semalam dipercayai mendera seorang bayi perempuan berusia enam bulan di bandar raya ini, 14 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata wanita berumur 29 tahun itu didapati sudah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan.

“Pada 14 Mac lepas, polis menerima satu laporan mengatakan seorang bayi perempuan berumur enam bulan disyaki didera oleh pengasuh warga Thailand.

Advertisement

“Mangsa (bayi) mengalami lebam dan bengkak di anggota badan serta pendarahan kecil di dalam kepala,” menurutnya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata bayi itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya pengasuh itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top